News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE: Pada 19 Mei 2018, Exco Keselamatan dan Kesihatan Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjurkan program "Jom Soq". Program yang dilaksanakan untuk kali ketiga ini bermula pada jam 2 pagi dan berakhir pada jam 4 pagi.

Matlamat utama program ini adalah untuk mendekati masyarakat sekitar kampus UUM. Program kemasyarakatan ini disertai oleh 18 orang pelajar INASIS MISC yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengedarkan makanan di kawasan yang berbeza.

Aktiviti utama program ini adalah membahagikan 70 makanan dan minuman kepada komuniti sekitar Changlun dan Bukit Kayu Hitam. Lokasi yang dikunjungi oleh program krew ialah Unit Keselamatan UUM, SMK Sintok, Balai Polis Changlun, Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Balai Bomba Bukit Kayu Hitam.

Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Jamal Bin Din menyatakan bahawa UUM sangat dekat dengan masyarakat sekeliling kerana program yang dijalankan oleh mahasiswa UUM banyak melibatkan komuniti di sekitar universiti.

"Pihak kami juga selalu dijemput untuk memberikan taklimat keselamatan di inasis-inasis. Program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan masyarakat ", katanya lagi.

Pengarah program, Ahmad Amirul Muinuddin mengucapkan terima kasih dan gembira kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau juga berharap program amal sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tamat.          

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Inasis MISC- Pada 18 Mei 2018, Inapan Siswa MISC telah mengadakan Program “Iftar Ramadhan 1439H A Night of Generosity”. Program berbuka puasa ini diadakan bagi menggalakan para mahasiswa untuk melakukan kerja amal yang mana juga perkara seperti ini selaras dengan tuntutan agama. Tambahan pula, program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara peserta iaitu dalam kalangan mahasiswa MISC UUM dan para kakitangan Inasis MISC.

Program ini terbuka kepada semua mahasiswa yang menginap di Inasis MISC tanpa mengira agama, bangsa dan umur. Selain itu, program ini turut memupuk kepada perkembangan personaliti yang holistik dan seimbang di mana setiap aspek seperti kecerdasan, rohani dan emosi akan digunakan bagi menjayakan program ini.

Program ini melibatkan seramai 100 orang peserta dan antara aktiviti yang dijalankan ialah solat maghrib diikuti berbuka puasa, solat isyak dan solat tarawih yang diimamkan oleh saudara Muhammad Faisal Bin Suki. Tidak ketinggalan juga, pengarah projek, Muhamad Irfan Lal Bin Lal Muhamad, berharap agar semua peserta menjadikan program ini sebagai satu pengalaman yang berharga dan menjadi satu kenangan yang manis untuk dikenang di samping menjadikannya sebagai satu tradisi yang wajar diamalkan pada setiap bulan puasa.

Turut hadir Pengetua Inasis Inasis MISC, Encik Azhar Anis Mohammad yang mana beliau turut serta dalam menjayakan program Program “Iftar Ramadhan 1439H A Night of Generosity”.

Habis.

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE: Pada 19 April 2018 yang lalu, Exco Bimbingan, Latihan dan Akademik Inapan Siswa Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjurkan program “ GET THAT JOB: POWER INTERVIEW”. Program ini dijalankan di Dewan Inasis TM bermula jam 8 hingga 11 malam.

Program ini merupakan program perkongsian ilmu yang dilaksanakan bagi membantu dan membimbing pelajar terutamanya pelajar semester terakhir dalam menghadapi temuduga pada masa akan depan. Ilmu sebegini sangat berguna untuk memohon tempat praktikal atau pekerjaan tetap. Seramai 35 orang peserta telah menyertai program ini.

Perkongsian ini diberikan oleh Dr Mohd Nizam Bin Sarkawi, pensyarah Kolej Perniagaan, UUM. Acara telah dimulakan dengan pengerusi majlis, Muhammad Irfan Lal Bin Lal Muhamad, menerangkan tentang gerak kerja sepanjang program berlangsung. Kemudian, program ini diteruskan dengan sesi bersama Dr Mohd Nizam. Beliau berkongsi beberapa tips penting bagi menghadapi temuduga.

Setelah perkongsian selesai, Pn Norlia Binti Othman selaku felo INASIS MISC memberi cenderamata kepada penceramah sebagai tanda penghargaan. Akhir sekali, sesi fotografi bersama peserta telah dilaksanakan sebagai penutup majlis. Pengarah program, Nur Azmina Syamimi melahirkan rasa berpuas hati dengan kelangsungan program dan berharap program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Habis.

Page 1 of 19

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today13
Yesterday16
This week75
This month312
Total1597